Yang Pergi Takan Kembali Lagi


Selepas kita dikejutkan dengan berita perginya insan seni yang bergelar Ustaz Asri atau lebih terkenal sebagai vokalis kumpulan nashid Rabbani akibat sakit yang dihadapi beliau.

Tadi semasa aku buka email,terharu aku baca email kisah seorang ayah yang telah kehilangan anak kesayangannya pada 25 Jun 2009 akibat demam panas.Walaupun sudah berlalu 2 bulan yang lalu,dia tetap sabar menempuh ujian NYA dan dia sendiri telah berkongsi kisah itu melalui email.

Kepada korang yang belum baca kisah seorang ayah ni,marilah sama2 kita baca dan ambil iktibar dari apa yang berlaku.Yang pergi tak kan kembali lagi dan yang hidup teruskan perjuangan sebagai seorang muslim & muslimah yang disayangai yang ESA.


"sebenarnya saya mengalami pengalaman dan ujian getir dari tuhan. saya dikurniakan dua cahayamata fajwah (24 jan 2006) dan fitrah (01 jan 2008).Pada 18 jun 2009 fajwah demam teruk. saya bawa ke klinik. dia ada sedikit asma dan perlu nebulizer. saya sepatutnya ke kl pada 19 jun hingga 23 jun kerana ada kursus tetapi saya tak pergi atas alasan anak demam. pada 20 jun sebelah petang fajwah dan kembali sihat. seronok hati tak terkira. ahad 21, kedua2 anak saya bermain seperti biasa. saya bercadang untuk kl berkursus kerana memandangkan anak sudah sihat. isnin 22 jun jam 11 pg saya bertolak ke kl dari penang dan sampai di sana jam 230 ptg. terus ke hotel. jam 9 malam isteri sms menyatakan anak kedua (fitrah) panas badan. dlm kul 10 mlm suhu badannya makin naik jadi saya ambil keputusan untuk pulang ke penang. jam 12mlm saya bertolak ke penang".

"sampai dirumah jam 5 pg, saya rehat sekejap. jam 830 pg saya bawa fitrak ke klinik swasta dan ambil ubat. ptg selasa 23 jun demam on dan off. selepas magrib nampak badanya lemah. sekali lg saya bawa ke hospital dan dlm wad kecemasan sampai jam 12 mlm dibenarkan balik. rabu 24 jun demamnya masih lg turun naik. malamnya selepas magrib sekali lg saya bw ke hospital. ditahan dalam ward kecemasan. jam 1 pagi khamis anak saya dipindahkan ke hospital seberang jaya. jam 10 pg khamis 25 jun saya tengok anak saya makin tenat dan saya minta pindahkan ke hospital pakar (swasta) tp dr tak bagi".


"Doktor jelaskan yang anak saya pada mulanya kekurangan air kerana demam menyebabkan buah pinggang kering. setelah ditambah air, doktor kata ada air dalam paru paru dan menyebabkannya lemah.Jam 5 khamis 25 jun fitrah di pindahkan ke hospital pulau pinang kerana hanya di sana ada mesin merawat paru paru. jam 540 ptg, anak saya masih belum boleh dirawat kerana jantungnya amat lemah... jam 630 ptg dr bgtau saya harapannya adalah 50-50. jam 7.15 ptg doktor bgtau kuatkan semangat untuk terima sebarang kemungkinan. pada masa tu hanya saya berdua dengan isteri".


"Pada jam 7.45 ptg ketika org ramai baru sudah solah magrib di surau berdekatan, dr sekali lg memnggil saya dan memberitahu bahawa anak saya tak mahu bernafas dan di pergi kepada Penciptanya. ... pada masa itu, perasaan berceramuk bermain difikiran saya. ayat dan perkataan apakah sewajarnya saya ungkapkan untuk memberitahu perkara ni kepada isteri saya nanti memandangkan yang dia pada masa tu mengandung 22 minggu.
pada jumaat 26 jun NUR RAIHANA FITRAH (01 JANUARI 2008 - 25 JUN 2009) telah selamat dikebumikan. AL FATIHAH....".


"Sehingga di saat saya menulis ni, keadaan isteri saya masih lg tidak stabil dan saya bekerja keras untuk memulihkan semangatnya. anak sulung saya pula tak henti2 bertanyakan perihal adiknya.Saya amat bertuah kerana tuhan telah memilih saya sekeluarga untuk menghadapi ujian ini".

Itulah cerita seorang ayah yang telah kehilangan seoarang anak.Aku juga pernah kehilangan seorang adik 5 tahun dahulu dan perasaan yang dirasai bapa tersebut aku jua dapat merasainya.

Sebagai penutup kisah ini,mari sama2 kita layan clip video PERGI TAK KAN KEMBALI dari nyanyian arwah Ustaz Asri dan sebagai umat islam,jom sama2 kita sedekahkan AL-Fatihah buat arwah dan semua umat islam yang telah kembali ke rahmatullah.Al-Fatihah!



Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment