Noordin Mat Top Terbunuh!
Sepandai pandai tupai melompat,akhhirnya jatuh ke tanah jua..itulah ungkapan yang sesuai ditujukan kepada ketua pengganas yang paling dikehendaki selama ini iaitu Noordin Mat Top.
Kepada yang ada baca surat khabar atau tengok berita pagi tadi,mesti dah tau pasal cerita hangat ni.Actually,aku pagi tadi tak baca surat khabar sebab busy dekat office..Balik keja ja,buka surat khabar metro & kosmo online,terkejut tgk tajuk Noordin Mat Top terbunuh.Macam tak percaya pon ada..lepas baca punya baca baru aku percaya yang memang Noordin sudah pun terbunuh..huhuhu
Dalam kejadian pukul 4.30 petang waktu Indonesia,(5.30 petang waktu Malaysia) pasukan antipengganas Densus 88 Indonesia yang dalam siri menjejaki rangkaian Jemaah Islamiyah (JI) diketuai Noordin telah menyerbu rumah tempat persembunyian Noordin dan kuncu kuncunya serta menahan dua pembantunya yang juga adik-beradik, Aris dan Hendra di sebuah bengkel basikal dekat tempat kejadian.
Noordin adalah penjenayah yang didakwa melakukan serangan dua hotel Amerika bulan lalu dan terbabit dalam empat serangan bom di Indonesia sejak 2002, termasuk di Bali pada tahun itu yang meragut 202 nyawa,ditembak mati dalam bilik mandi di rumah persembunyiannya.
Noordin yang juga warga Malaysia dilahirkan pada 11 Ogos 1968 di Kluang Johor.Dia merupakan grduan Universiti Teknologi Malaysia (UITM)dan pernah bekerja sebagai Akauntan.Noordin Mat Top merupakan pakar bom Jemaah Islamiah (JI) dan dia juga adalah orang yang bertanggungjawab merancang serangan ke atas hotel JW Marriot baru2 ini.
Seorang lagi pengganas yang paling dikehendaki dulu yang juga warga Malaysia iaitu Azahari Hussein juga ditembak mati pada 2005.
0 comments:
Post a Comment