Tips Dapatkan Pelawat Dengan Mudah (part2)
Pada entry yang sebelum ni,aku dah terangkan beberapa tip untuk menarik pelawat ke dalam blog dengan mudah.Boleh rujuk entry sebelum ni dekat sini
So,kali ini aku nak kongsikan beberapa tip lagi yang rasanya boleh membantu korang mendapat pelawat dengan mudah dengan menggunakan kaedah ni.Apa yang penting jangan harapkan pelawat tu nak datang kalau tiada usaha dan artikel2 yang menarik.
1)Join innit.nuffnang.com
Teknik ni hanya boleh diikuti bagi mereka2 yang ada join nuffnang dan menjadi ahli Glitterati sahaja!boleh rujuk entry yang lepas berkenaan cara menjadi ahli Glitterati Nuffnang.Setiap kali korang selesai tulis artikel,pastikan korang post di Innit dan join chat room disana.Dengan mudah korang boleh dapatkan pelawat.Ingat!jangan SPAM!
2)Menggunakan Servis Ping Blog
Selesai sudah korang update entry terbaru,gunakan Ping-O-Matic sebagai platform untuk mendapat pelawat.Perkhidmatan ini disediakan adalah untuk menjejak dan menghubungkan blog antara satu sama lain.Click dekat sini untuk ke web Ping-O-Matic
3)Edit@Submit Video Ke Youtube
Youtube bukan sahaja tempat berhibur,malahan dengan kuasa youtube juga kita boleh dapatkan pelawat dengan mudah!aku selalu pakai youtube sebagai platform untuk mendapat pelawat.Korang boleh edit video korang sendiri ataupun download mana2 video yang famous dekat sana tu,then edit dan linkkan sekali url blog korang di video tu.
4)Join MyBlogLog.com
Mybloglog ni web seakan akan blogcatalog dan laman web Directories yang lain juga.Korang buka akaun Mybloglog dan pasangkan widget dan jangan lupa uploadkan gambar sekali.Sekiranya korang ada melawat blog orang lain,gambar korang secara automatik akan terpapar di widget pemilik blog yang pasal widget ini juga.Peluang untuk korang dapatkan pelawat dengan mudah amat tinggi sekali!
Cukuplah kot 4 tips buat masa ini.Kalau ada masa aku akan kongsikan lagi beberapa tip yang mungkin boleh mendapat pelawat dengan cara mudah dan secara tidak langsung boleh naikkan Page Rank blog korang.Diharapkan tip yang tak seberapa ni membantu korang khususnya newbies!sapa2 yang ada tip lain yang aku tak terangkan boleh la kongsi2 di ruangan komen ok.Wslam!
tq sbb bg tau 1 lg kewujudan penyedia perkhidmatan ping. huhu.. sblm ni tak pernah tau pun yg Ping-O-Matic tu wujud :p
ReplyDeleteazizwan : ur welcome :)
ReplyDeletesalam apa khabar?
ReplyDelete