Lelaki Paling Kerdil Didunia


Tinggal 4 hari sahaja lagi,Khagendra Thapa Magar lelaki yang kini berusia 18 tahun kelahiran negara Nepal akan dinobatkan sebagai lelaki paling kerdil didunia dimana tingginya hanya 61 sentimeter.Khagendra dan keluarganya telah menjalin hubungan dengan syarikat arak terkenal dunia iaitu Guinness untuk mengambil alih secara rasmi gelaran itu daripada He Ping Ping dari China yang setinggi 74 sentimeter.


Khagendra hanya seberat 4.54 kilogram dilahirkan di daerah Baglung, 200 kilometer dari Kathmandu, ibu negara Nepal.Menurut ibunya,Dhana Maya Thapa Magar, 33 tahun,ketika Khagendra dilahirkan beratnya hanya 600gram.Penduduk kampungnya pula menggelarkan Khagendra sebagai ‘Buddha kecil’.

“Ia seperti melihat anak ayam yang keluar dari telur yang baru menetas. Saya mengaku pada mulanya saya malu dan tidak mahu keluar rumah. Namun kini hanya kebanggaan yang tersemat di hati saya dan begitu mengharapkan dia dinamakan lelaki paling kerdil di dunia.”Antara kata2 Bapa Khagendra yang dipetik didalam akhbar Metro

Ps:Gerammm ja aku tengok dia ni.!!.Kecik and Cute walaupun kulit gelap sikit..hehe :)
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment