Karim Benzema Sah Milik Real Madrid


Kelab Perancis,Lyon akhirnya bersetuju untuk melepaskan Karim Benzema kepada kelab gergasi sepanyol Real Madrid dengan harga perpindahan bernilai £30 juta (RM173 juta).

Pemain muda Perancis yang baru berusia 21 tahun itu menandatangani kontrak selama enam tahun dengan gaji sekitar RM576,056 seminggu.Real sudah pon mendapat kata putus dari Benzema dan pemain itu akan menjalani ujian perubatan sedikit masa lagi.


"Lyon menerima keputusan Karim Benzema dan telah berbincang tentang syarat-syarat perpindahan yang memuaskan hati kedua belah pihak,".

"Kelab ini mengucapkan selamat berjaya kepada Karim bersama Real Madrid."Petikan dari akhbar Kosmo

Sebelum ini,Real mendapat saingan sengit kerana Manchester United juga berminat untuk mendapatkan Benzema.Benzema adalah pemain yang ke 4 dibeli Real Madrid selepas Kaka,Cristiano Ronaldo dan Raul Albiol.

Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

0 comments:

Post a Comment