Julfekar Nafi Tuduhan Video Lucah Farahwahida


Penyanyi yang 'agak' popular juga dekat malaysia ni,Farahwahida membuat laporan polis mendakwa dia diugut oleh bekas komposernya sendiri Julfekar Ahmad untuk mengedar gambar dan video lucahnya.Dalam laporan muka depan akhbar Metro hari ini,Julfekar,45,terkejut dengan tindakan penyanyi itu dan berkata dia (Farawahida) boleh membuat pelbagai tuduhan terhadapnya, tetapi perlu mempunyai bukti yang boleh dipercayai!.



Dalam laporan akhbar metro juga berkata,Farahwahida telah membuat tiga laporan polis terhadap komposer terkenal itu masing-masing di Balai Polis Klang pada 6 November tahun lalu, Taiping, Perak (9 Februari) dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Rabu lalu.

Farahwahida juga mendakwa dia menerima SMS yang dikirim Julfekar yang memaki hamunnya 'perempuan tidak guna, perempuan sundal’!

Terkejut dengan tindakan penyanyi itu,Julfekar juga akan membuat laporan polis terhadap bekas anak didiknya itu untuk membela diri terutama berkaitan dakwaan mengugut mahu mengedarkan gambar serta video lucah penyanyi berkenaan serta memohon ganti rugi RM200,000 lagi atas segala kepayahan menaikkan nama Farahwahida sepanjang tujuh tahun bergelar artis.

Ps : Dunia artis kalau tak kes cerai rumah tangga mesti kes kontroversi sesama sendiri..dah menjadi seperti 'trends' sekarang ni.hohoho..
Share on Google Plus

About Unknown

berasal dari sg. petani kedah dan merupalan pereka laman web dan blogger sepenuh masa.
    Blogger Comment

3 comments:

  1. isk3....macam2 cerita artis skg erk...gini la nasib bile da mula nak popular..mcm2 dugaan..tambah plak kalo artis wanita..

    ReplyDelete
  2. iqnoe_dinie :biasa la baru nk 'up' sikit dh tnjuk bagus..xpaham aku

    ReplyDelete
  3. tu la pasal...glamornye tak setara mane pon..xsen je yg lebey kan kan kan...hehe..tambah plak kalo artis yg perasan cun tuh..hihi..kadng2 memang diorang tuh cun pon...tapi bile da exsen org x suke gakkan...

    ReplyDelete