Lagi Cerita Mengenai Nuffnang
Entah kenapala aku suka sangat nak tulis entry pasal nuffnang ni..haha..daripada aku hanya menyimpan email yang dikirim staff nuffnang dalam email aku,baik aku kongsi dengan korang2 semua yang masih keliru mengenai iklam McPM nuffnang ni.hohohoho.semalam aku hantar lagi 1 email bertanyakan kenapa buffered earning aku yang sebelum ini agak 'ciput' dari yang aku dapat baru2 ni? ini jawapan mereka :
"Bagi kempen iklan mCPM anda sebelum ini, jumlah bayaran yang anda terima bergantung kepada jumlah unit bilangan pengunjung unik yang telah dibeli pihak pengiklan kami.
Kebiasaannya, pihak pengiklan akan membeli sejumlah unit pengunjung daripada beberapa blog untuk memaparkan iklan mereka. Bagi setiap blog, jumlah keseluruhan unit bilangan pengunjung seterusnya akan dibahagikan sama rata kepada tempoh hari iklan tersebut akan dijalankan.
Sebagai contoh, seorang pengiklan kami membeli 1500 unit bilangan pengunjung unik daripada blog anda untuk memaparkan iklannya selama 30 hari. Setelah jumlah unit bilangan pengunjung tersebut dibahagikan kepada jumlah hari kempen, ini bermakna untuk setiap hari hanya 50 pengunjung unik akan dapat melihat iklan tersebut di dalam blog anda.
Setelah tempoh kempen iklan itu tamat, anda akan dibayar mengikut jumlah unit pengunjung unik yang telah dibeli.
Harap anda faham dengan penjelasan di atas dan sekiranya terdapat soalan lanjut, sila hubungi kami melalui tiket ini dan kami akan cuba memberi penjelasan dengan sebaik mungkin.
Terima kasih.
Best Regards,
Raff
Web Programmer
Nuffnang Sdn Bhd
http://www.nuffnang.com.my/
P.s : Harap2 semua paham yer :)
walaupon aku kureng paham ...tp aku mau belajar sama hang...tingin mau dpt uwang dari nuffnang....hehe
ReplyDeleteposh76 : kalau xpaham kena bg paham la..aku pon dok blajar lg..bkn pro lg..ehe..teruskan usaha..moga anda mendapat uwang juga..
ReplyDeletesungguh... tak paham...
ReplyDeletenuffnang nih dia ada bayar ikut per'view dan per'click ker?
atau dia bayar ikut per'click shj?
iklan nuffnang ada dua iaitu per click (CPC) dan per view (CPM). Dua2 akan memberikan pulangan yang lumayan. Lagi banyak trafik ke blog kita, lagi banyaklah komisyen kita akan dapat.
ReplyDelete